Friday, 19 September 2014

Beri Komen Anda Tentang Kesalahan Morfologi dan Sintaksis









12 comments:

  1. Francis Katamba, dalam English Words: Structure, History and Usage, menjelaskan morfologi sebagai kajian tentang pembentukan perkataan dan struktur perkataan, termasuk penyusunan dalaman perkataan dalam bahasa. Trask, dalam Key Concepts in Language and Linguistics,berpendapat bahawa perkataan lazimnya ada struktur dalaman dan khususnya mengandungi unit kecil yang disebut morfem.

    Dengan kata lain, morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk, morfem dan pembentukan perkataan. Pembentukan perkataan dalam bahasa berlaku melalui proses fleksi dan derivasi.

    Terdapat kesalahan ejaan dan penggunaan bahasa rojak iaitu campuran bahasa melayu dan English.Kesan buruk kepada pelajar sekiranya perkara ini berterusan boleh menyebabkan murid keliru dan mereka akan memandang remeh hal ini pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  2. Byk kesalahan perkataan di atas..contohnya kampong ...yang betul kampung..banglowsepatutnya banglo...dicampur aduk bahasa melayu dan bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  3. Setelah saya membuat pemerhatian pada gambar yang telah dimuat turun oleh Puan Haryanti. Saya tertarik pada gambar yang mempunyai kesalahan ejaan iaitu "kampong". Ejaan yang sebenar ialah "kampung". Saya sebagai guru juga turut mempunyai masalah yang sama. Ini kerana saya mengajar di negeri pantai timur. Contoh-contoh kesilapan yang biasa dilakukan oleh murid saya ialah:
    Suko (suka)
    Muko (muka)
    Tigo (tiga)
    Kesalahan ini terjadi disebabkan bahasa dialek tempatan yang mempengaruhi ejaan murid. Pada pendapat saya, masalah ini dapat diatasi dengan menekankan penggunaan bahasa baku secara maksimum dan menyeluruh di peringkat sekolah.

    ReplyDelete
  4. Papan tanda menurut pendapat saya merupakan salah satu medium penyampaian mesej dalam kalangan masyarakat, kesalahan-kesalahan kecil seperti di atas tidak sepatutnya berlaku.. Sekiranya negara-negara lain yang menggunakan bahasa Melayu di negara mereka terutamanya individu penggiat bahasa Melayu yang sememangnya terkenal dengan kehebatan bahasanya datang ke Malaysia, sudah tentu kita malu apabila mereka ternampak ejaan yang mudah tetapi salah ejaannya.. Jika ingin memartabatkan bahasa Melayu, perkara-perkara mudah seperti inilah yang perlu dititikberatkan...Kesalahan ejaan seperti ini meperlihatkan bahawa penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat kita masih lagi lemah..
    BAHASA JIWA BANGSA, SEKIAN, TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  5. Menurut pandangan saya, keadaan papan tanda yang mempunyai banyak kesalahan ejaan seperti ini...telah banyak kelihatan di mana-mana.Kesalahan ejaan ini berlaku ada kemungkinan kerana penggunaan bahasa pasar yang digunakan dalam kehidupan masyarakat. Situasi ini terbawa-bawa dalam penulisan papan tanda. Situasi ini harus dibendung sekiranya kita ingin terus memartabatkan Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  6. Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur, bentuk dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata manakala Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian. tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.

    Terdapat banyak kesalahan perkataan pada papan tanda yang dipaparkan dan ianya perlu diambil perhatian oleh pihak berwajib.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, papan tanda mestilah diasingkan. Papan tanda harus dieja dengan menjarakkan antara papan dan tanda kerana perkataan ini bukanlah terdiri daripada kata majmuk yang telah mantap.

    ReplyDelete
  8. Bagus betul ada info macam ni. Baru tahu selama ni signboard yang selalu kita nampak di jalan bukanlah semuanya betul penggunaannya.

    ReplyDelete
  9. Bagus info dari cikgu yanti ni. Tapi perkara salah ejaan papan tanda ni kurang diendahkan oleh masyarakat kita. Perkara ini berlaku mungkin
    kerana syarikat yang menghasilkan papan tanda ini kurang mengambil berat tentang ejaan bahasa melayu..

    ReplyDelete
  10. Pada pendapat saya, terdapat kesalahan ayat di kain rentang di atas seperti mancing, perlu di tambah imbuhan memancing. Selain daripada itu, kesalahan mencampur aduk bahasa melayu dan bahasa inggeris sering dilihat dikain rentang..ianya akan merosak bahasa melayu kita.

    ReplyDelete
  11. Kesalahan ejaan pada papan tanda tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana ia merupakan petunjuk jalan dan panduan yang sering dilihat oleh semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

    ReplyDelete
  12. Kita tidak menafikan kepentingan dan keperluan bahasa inggeris tetapi jangan sampai mengorbankan imej,maruah dan kedudukan bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete